Tuesday, 10 March 2015

Life to Live

kita tahu hidup ini tiada yang sempurna,tetapi memiliki kesempurnaan
itu adalah anugerah..😇😇

GLOBALISASI DAN PERKEMBANGAN MEDIA BAHARU

Hubungkait antara globalisasi dan perkembangan media baharu menyebabkan pelbagai implikasi kepada individu, masyarakat, dan juga negara. Hal yang sedemikian disebabkan oleh konsep globalisasi ini bermula dalam tempoh masa yang lama. Tambahan lagi, tindakan berkenaan menyebabkan perubahan dalam rangkaian perhubungan dunia dalam masa yang singkat sahaja. Dalam pada itu juga, sistem dalam sesebuah negara dipengaruhi oleh perkembangan media baharu ini. Justeru itu, perkembangan dalam bidang perhubungan dan juga komunikasi sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa. Selain itu juga, konsep yang diamalkan berdasarkan teori yang diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah negara. Misalnya, Anthony Giddens, Manuel Castells, dan Karl Marx.

1. Bagaimanakah konsep globalisasi ini menyebabkan rangkaian perhubungan dalam kalangan individu, masyarakat, dan juga negara berlaku?

2. Apakah implikasi yang dihadapi oleh sesebuah negara dengan adanya perkembangan media baharu?

3. Apakah konsep yang diamalkan dalam negara kita berdasarkan tiga konsep dan teori yang telah dinyatakan.